Port kaki pancing

Port Kaki Pancing Kolam di Tanjung Fishing Village Pendas Gelang Patah

Assalamualaikum korang.
nak share sikit ni pasal port memancing.Siapa-siapa yang minat memancing boleh lah ye nak datang sini.Tauke kolam ni pakcik saya.Nama dia Abu Bakar.Kalau siapa yang duduk gelang patah kenal la kot.
20170305_181757
Tanjung Fishing Village, Pendas, Gelang Patah
No. 2 End Road Off Jalan Tanjung Kupang,
81560 Gelang Patah, Johor.
20170309_164505
Waktu Operasi
Sabtu hingga Khamis – 9.00am – 6.00am
Jumaat – 4.00pm – 6.00am
20170305_173254
20170309_164449
Restoran Tanjung Fishing Village
Sarapan pagi dan makan tengahari – 9.00am – 3.00pm
Makan malam – 4.00pm – 12.00am
Tanjung Fishing Village ni ada restoran tau. Favourite menu kami anak beranak Mee Goreng hahaha. Sambil makan boleh tengok orang memancing. Yang nak memancing mid night pun tak perlu risau ada kedai kecil jual jajan boleh buat kunyah-kunyah. Sebelum tu pun masih sempat makan malam sebelum jam 12am.
Ada 3 kaedah memancing yang disediakan di sini, antaranya ialah:
20170305_173307
20170309_164540
1) Pancing Timbang
1 joran RM3 per entri
Harga ikan – Siakap RM25, Unga/Merah RM35, Kambing RM30, Kerapu RM55
Babah kata yang ni kira kalau dapat ikan tu kena timbang berat dan bayar untuk bawa balik. Kebarangkalian nak dapat ikan memamg tinggi.
20170309_164653
 2) Tangkap dan Lepas
1 sesi 3 jam (digalakkan untuk menempah awal)
RM350 (kolam kecil maksimum 5 orang)
RM450 (kolam besar maksimum 6 orang)
RM750 (kolam besar maksimum 10 orang)
Penamnahan ahli RM75 seorang. Pembantu disediakan.

20170305_173159
20170305_173207
20170309_164619
 3) Pancing Masa
Deposit RM15
3 jam/ RM50
4 jam/ RM60
8 jam/ RM105
Tengah malam RM50

20170305_174005
Ok antara kemudahan lain yang ada di sini, ada tandas dan surau bersebelahan chalet. Sambil mancing tu solat dulu baru rezekikan masuk hehe.
20170305_174051
Bagi anda yang datang dari jauh, nak stay kat chalet pun boleh.
20170309_164715
Ada 3 jenis bilik yang disediakan. Bilik pun ikut tema nama-nama ikan hehe.
1) Bilik Kerapu – RM180/malam
2 unit katil queen, televisyen, penghawa dingin, pemanas air.
2) Bilik Merah – RM150/malam
1 unit katil queen, 1 unit katil bujang, televisyen, penghawa dingin, pemanas air.
3) Bilik Unga – RM150/malam
1 unit katil queen, 1 unit katil bujang, televisyen, penghawa dingin, pemanas air.
Itu saja info yang nak saya kongsikan kepada kaki pancing di luar sana. Agak dah berjam-jam memancing tapi tak dapat hasil, nak balik rumah pula takut cik puan marah tak ada hasil.. bolehlah singgah beli ikan hasil tangkapan nelayan di Kg. Pendas Baru hehe. Tak jauh lorong berdepan dengan Tanjung Fishing Village je. 

Comments

Popular Posts