Tafsir ayat Surah zalzalah 7&8
Assalamualaikum, hari ni saya nak kongsi sedikit tentang ayat 7&8 dari surah zalzalah.Ayat ini menceritakan tentang kebaikan dan keburukan yang telah kita buat.Walaupun sekecil-kecil perkara yang kita lakukan sama ada ia baik atau buruk tetap akan dihisab di hari akhirat.
Tafsiran
ayat ke -7
Maka
sesiapa yang melakukan seberat satu zarah kebaikan,dia akan
melihatnya.Maksudnya adalah barangsiapa yang melakukan kebaikan seberat satu
zarah,iaitu seberat seekor semut halus,apatah lagi yang lebih berat daripada
satu zarah,nescaya dia akan melihat pahala dan ganjaran kebaikan itu.
( Unit Terjeman Telaga Biru
,(2011).Nurul Furqan Juzuk ‘Amma )
Tafsiran
ayat ke – 8
Dan
sesiapa yang melakukan seberat satu zarah kejahatan dia akan melihatnya,
bermaksud sesiapa yang melakukan kejahatan seberat satu zarah pula,apatah lagi
yang lebih berat daripadanya,nescaya dia akan melihat balasan buruk kejahatan
itu. ( Unit Terjeman Telaga Biru ,(2011).Nurul Furqan Juzuk ‘Amma )
Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah bersabda mafhumnya :
“Kuda
itu untuk tiga orang. Bagi seseorang kuda itu akan menjadi pahala, bagi
seseorang lagi akan menjadi satar (penutup), dan bagi seseorang yang
lainnya akan menjadi dosa. Adapun orang yang mendapatkan pahala adalah orang
yang mengikat kuda itu ke jalan Allah, lalu dia membiarkannya di tempat
pengembalaan atau taman dalam waktu yang lama, maka apa terjadi selama masa
pengembalaannya di tempat pengembalaan dan taman itu, maka ia akan menjadi
kebaikan baginya. Dan jika dia menghentikan masa pengembalaannya lalu kuda itu
melangkah satu atau dua langkah, maka jejak kakinya akan menjadi kebaikan baginya.
Dan jika kuda itu menyeberangi sungai lalu ia meminum air dari sungai tersebut,
maka yang demikian itu menjadi kebaikan baginya, dan kuda itu pun bagi orang
tersebut adalah pahala.Dan orang yang mengikat kudanya itu kerana untuk
memperkaya diri demi kehormatan diri tetapi dia lupa hak Allah dalam
pemeliharaannya, maka kuda itu akan menjadi satar baginya. Serta orang
yang mengikatnya kerana perasaan bangga dan riya’, maka ia akan menjadi dosa
baginya.”
Kemudian Rasulullah SAW ditanya
tentang keldai, maka beliau bersabda mafhumnya:
“Allah
tidak menurunkan sedikitpun mengenainya melainkan ayat dan mantap dan mencakupi
ini : Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan
melihatnya. Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan seberat zarah pun, nescaya
dia akan melihatnya.”
Diriwayatkan
oleh Muslim (Tafsir Ibnu Katsir,2004,Pustaka Imam Asy-Syafi’i)
Ada
juga yang memberi erti (zarah) sebagai
nyamuk. Ada juga yang mengatakan sebutir debu, atau biji sawi , atau atom,
tetapi hakikatnya jauh lebih kecil daripada itu. Ia tidak boleh dilihat dengan
kaca pembesar (microscope) sekalipun, kerana ia pendapat di sanubari ulama
saja, dan tidak satu pun diantara mereka yang melihatnya dengan mata kepala
atau alat pembesar. Setiap pendapat manunjukkan apa yang dapat ia lihat.
Seberat ini, dari kebaikan atau keburukan,
diperlihatkan dan diajukan kepada yang berbuat serta akan diberikan balasannya.
Maka tidak ada yang disia-siakan amalnya, dan tidak ada satu pun uang dibiarkan
begitu saja, baik kebaikan ataupun keburukan, hingga ia tidak perlu berbicara,
“Ini kecil, tidak termasuk hitungan dan tidak akan ditimbang”.
Tetapi dihadapan setiap amal perbuatannay
itu ia gemetar dan gementar pada timbangan yang halus yang secara teliti menaikkan
zarah dan menimbangnya.Timbangan halus seperti itu tidak ada bandingnya di
dunia, kecuali di dalam hati seorang mukmin hati yang terpengaruh oleh sezarah
kebaikan dan keburukannya.
Di bumi terdapat banyak hati yang tidak
terpengaruh terhadap gunung dosa-dosa, maksiat dan kesalahannya dan tidak
gementar , tidak terpengaruh dengan gunung-gunung kebaikan . Hati-hati yang
kebal tidak terpengaruh oleh ancaman yang berat di bumi, sedang di hari
perhisaban tergoncang melihat dosa yang bagaimanapun kecilnya.(Tafsir di bawah
naungan Al-Quran,1985,Sayyid Qutb)
ASBABUN
NUZUL AYAT
Said bin
Jubair menyatakan , ketika ayat ini turun, orang islam berpendapat mereka tidak
akan mendapat pahala sekiranya mereka bersedekah dengan sesuatu yang sedikit.
Manakala, yang lainnya beranggapan mereka tidak akan dicela sekiranya berbuat
dosa yang kecil seperti menipu, memandang perkara yang keji, ghibah dan sebagainya.Lalu Allah SWT
menurunkan ayat :
“Barangsiapa yang mengerjakan
kebaikan seberat zarah pun,nescata dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa
yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, nescaya dia akan melihat
balasannya pula”
Anas bin
Malik menyatakan, ketika Abu Bakar sedang makan bersama Rasulullah SAW,
diturunkan ayat ini :
Lalu Abu
Bakar mengangkat tangannya (berhenti makan) dan berkata, “wahai Rasulullah,
adakah akan diperlihatkan kepadaku kejahatan yang aku lakukan walaupun sebesar
zarah?” Beliau menjawab, “Wahai Abu Bakar, engkau melihat sesuatu yang engkau
benci di dunia, ia termasuk dalam timbangan kejahatan sebesar zarah, lalu
kedua-duanya akan diperlihatkan kepadamu pada hari kiamat,”
(Kitab Asbabun Nuzul (2012), Zulkifli Mohd
Yusuf)
Kelebihan Surah
Al-Tarmizi, Abu Daud dan al-Nasa’i telah
meriwayatkan sebuah hadis dan Abdullah Ibn ‘Amru katanya “Pada suatu hari
seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW da berkata “Bacakan (ajarkan)
kepadaku wahai Rasulullah” Sabda Rasulullah kepadanya “Bacalah tiga surah yang
bermula dengan huruf ra” Lelaki tersebut berkata “Usiaku telah lanjut, hatiku sedah
keras (sukar menghafal) dan lidahku pula sudah sukar untuk mempelajari (surah-surah yang panjang) .” Sabda
Baginda : “Bacalah surah-surah yang bermula dengan huruf Hamim . Lelaki
tersebut mengulang alasannya tadi dan berkata : “Tapi bacakan (ajarkan)
kepadaku satu surah yang meliputi semua itu, wahai Rasulullah”. Lalu Baginda
pun membacakan kepadanya maksudnya :
Apabila
bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
(99,1)
Selesai sahaja Baginda membacanya, beliau pun berkata ( dengan puashati
) : “Demi yang mengutuskan anda sebagai Nabi dengan kebenaran , aku tidak akan
minta tambahan lebih dari ini selama-lamanya. “Kemudian lelaki tersebut pun
beredar. Sabda Rasulullah SAW . “Berjayalah lelaki itu bertemu denganku.
“Lelaki tersebut pun datang semula bertemu dengan Rasulullah SAW . Baginda
berkata: “Aku telah diperintahkan oleh (Allah) untuk merayakan hari (raya) korban.
Allah menjadikannya sebagai hari raya bagi umat ini.” Lelaki tersebut berkata :
“Kalau saya hanya memiliki seekor kambing betina (manihah) , apa pendapatmu?
Bolehkah saya berkorban dengan kambing itu?” “Tidak.” Jawab Bagindaa,
“Memadailah engkau mencukur rambut , memotong kuku, mengandam misai dan
mencukur bulu ari-ari. Itulah bentuk korbanmu yang sempurna disisi Allah SWT.”
Perkara ini berlaku sebelum dibolehkan berkorban dengan kambing betina . Cuma
yang lebih afdhal ialah kambing jantan.”
Al_Tarmizi
meriwayatkan sebuah hadith dan beliau berkata : Hadith ini hasan sahih. Hadith
tersebut dirwayatkan dari Anas Ibn Malik.
Kemudian Allah SWT menghimpunkan
kedua golongan tersebut di akhir surah dengan menyebut tentang kebaikan dan kejahatan yang walaupun sebesar
zarah, namun mereka tetap akan merasakan balasannya. (Tafsir Al-Munir Juz
‘Amma,2007,Dr Wahhab al-Zuhaily)
Sebab Turun Surah
Orang-orang kafir kerap bertanya tentang hari kiamat
dan hari perhitungan , Mereka bertanya “Bilakah hari kiamat itu?” ( al-Qiyamah
,75,6 ), “Bilakah datangnya ( hari kiamat ) yang dijanjikan itu, jika betul
kamu orang-orang yang benar?”( al-Mulk,67,25) , “Bilakah datangnya hari
pembukaan (acara pengadilan) yang dikatakan itu..? (al-sajadah, 32, 28)
Begitulah
juga ayat-ayat lain yang seumpama dengannya.
Oleh kerana kerapnya pertanyaan tersebut maka Allah menjelaskan kepada
mereka di dalam surah ini tentang petanda-petanda kiamat sahaja, supaya mereka
mengetahui bahawa Allah sahaja yang tahu perkara tersebut.Tidak ada sesiapapun
yang boleh menentukan hari soal-siasat, hari perhitungan dan pembalasan
tersebut. (Tafsir Al-Munir Juz ‘Amma,2007,Dr Wahhab al-Zuhaily)
Comments
Post a Comment