Kaki Pulau

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam saya sayang UKM. Okay,hari ini aku nak cerita pasal pulau.Malaysia ni terdapat banyak sangat pulau yang menarik, ada yg di selat melaka dan juga kawasan laut cina selatan. Aku teringin sangat nak jelajah semua pulau kat malaysia ni selagi nyawa dikandung badan.So siapa-siapa yang nak buat trip bolehlah ajak aku sekali eh.. Gambar di bawah ni antara pulau yang aku pernah pergi lahh



Haa. yang ni dekat pulau pangkor, boleh tahan seronok.Pulau ni ada jalan raya keliling pulau,jadi korang boleh sewa kereta atau motor untuk pusing satu pulau.


Sini boleh sewa jet ski,, harga boleh tahan lah, kalau bawa sendiri dalam RM200 untuk setengah jam.Permainan lain ada juga,contohnya banana boat . Trip untuk snorkelling ada juga.Ikan kat sini cantik-cantik dan berbagai jenis.



Kat sini korang boleh jumpa gamat. Mula-mula aku geli juga nak pegang, lama-lama macam comel pula sebab bila benda ni naik darat dia jadi kembung.
haha. kembung sudah.


Yang ini kat pulau tioman.Semua orang tahu kan pulau tioman yang terkenal dengan kebiruan airnya?
Air laut belah laut cina selatan memang lebih auu dari selat melaka.Masa ni pergi berdua je dengan kawan sekolah sebab nak release tention dan cari mood study untuk masuk UKM.Aku pergi sini guna pakej 3h2m dengan harga RM330.Okay lah kan? cuma sini tiada entertainment macam kat pulau pangkor,hanya snorkelling dan menikmati keindahan laut di sini.



 Semasa di checkpoint untuk snorkelling,tak ingat nama tempat,tapi ni kawasan pantai,tak berapa best sebab tak banyak batu karang.Ikan ni datang pun sebab bagi makan roti.


Checkpoint kedua, banyak batu karang dan banyak ikan,boleh tangkap guna tangan je.Kedalaman lebih 10 kaki,memang best . Kapten boat kata sini ada jerung putih,siapa nampak tu memang rezeki lah sebab memang jarang di keluar.


haaa. last lah ni. Sebenarnya ada lagi pulau yang aku pernah pergi,Pulau Babi Besar(jangan tanya kenapa eh namanya macam tu),Pulau Dayang dan Pulau Rahsia,tapi lain kali lah yer. 


Terima kasih pada yang sudi membaca.Assalamualaikum



Comments

Post a Comment

Popular Posts