Tanda-Tanda kiamat

Assalamualaikum,tanda-tanda kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya kedatangan hari kiamat. Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhlukpun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad SAW  memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan disaksikan oleh manusia. Turutan tanda-tanda tersebut bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Antara tanda-tanda kecil ialah :

  • Orang yang baik berkurang sedang yang jahat bertambah banyak.
  • Gunung-gunung di Makkah mulai berlubang
  • Bayangan Ka'bah Tidak Lagi Tampak
  • Binatang buas berbicara
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri daripada orang yang jahil dan fasik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan



Tanda-tanda besar hari kiamat :

  • Hijaunya bumi Arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni daripada perkahwinan lancung atau talak yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal di bumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 gerhana: gerhana di Barat, gerhana di Timur, gerhana di Jazirah Arab
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s. lalu membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) daripada manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala                                                                                                                                                                                                                                                                                       Baru-baru ini,kita dikejutkan dengan pemunguman yang dibuat oleh presiden amerika syarikat Donald Trump yang mana mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota israel.Ini adalah satu penghinaan besar terhadap umat islam kerana di situ terdapat tempat ketiga yang suci bagi umat islam selepas Makkah dan Madinah.Masjid Al Aqsa juga adalah qiblat asal umat islam sebelum dipin dahkan ke Kaabah.Marilah kita sama sama mendoakan dan berusaha membantu apa yang kita mampu untuk menolong agama dan saudara kita di sana.

Comments

Popular Posts