Pengalaman syahdu yang budak asrama je boleh faham
Pepatah Melayu moden ada mengatakan, “Kau memang akan tinggalkan asrama, tapi asrama tidak pernah meninggalkan engkau.”
Mana taknya, tanyalah sesapa pun yang pernah masuk asrama, mesti dorang takkan lupa segala pengalaman yang dirasa. Dah lah time tu kali pertama tinggalkan rumah dan mak bapak, pastu kena pulak duduk sebilik dengan manusia-manusia pelik yang suka campak stokin merata-rata.
Sekolah asrama ni ada banyak jenis, yang paling femes adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Pastu ada jugak yang masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Sekolah Menengah Teknik sebab nak fokus kepada minat masing-masing sejak awal lagi.
Tapi tak kiralah jenis asrama mana pun korang masuk, pengalamannya mesti lebih kurang sama, antaranya ialah:
1)Tidur dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
2)Makan apa sahaja yang boleh telan
3)Belajar sampai muak
4)Zaman paling nakal adalah masa form 3
5)Kawan di asrama adalah kawan dunia akhirat
6)Environment yang sesuai untuk korang belajar
Ini sekolah lama saya,belajar selama 5 tahun di sini dan duduk di asrama.Segala kenangan takkan dilupakan dan terima kasih kepada guru-guru yang banyak bersabar dalam memdidik saya.


Comments
Post a Comment