Stress and how to handle
.Bila stress, rasa macam nak tumbuk muka orang kan? Tak pun, rasa macam nak menjerit sepuas hati. Tapi harapan tetap harapan. Hajat di hati memang rasa nak tumbuk dan belasah orang, tetapi mana mungkin ia berlaku.
Biasalah, setiap hari kita akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi. Dengan beban yang membelenggu perbelanjaan harian, masalah rumah pembelajaran dan masalah kerja, semuanya memberikan impak kepada kehidupan anda.
Menghabiskan kerja yang tertangguh dan menguruskan keluarga terasa bagai tugasan yang sangat berat. Walaupun semua orang tahu bahawa tekanan adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak produktif, anda tetap merasa bimbang mengenai perkara yang anda tidak boleh ubah.
Walau bagaimanapun, ini adalah satu kesilapan besar. Apabila anda tertekan, anda tenggelam dalam pemikiran negatif dan anda tidak dapat memberi tumpuan kepada perkara yang baik dan lambat laun anda akhirnya merasa lemah dan sakit-sakit.
Antara cara yang boleh anda lakukan ketika stress :
1) Urut telinga anda
2)Menghubungi ibu bapa
3)Menghidu Epal
4)Lihat keindahan alam
5)Beri ganjaran kepada diri anda (Self Reward)
6)Letupkan belon
7)Letakkan pokok atas meja belajar anda
8)Makan makanan yang dapat menghilangkan tekanan.
9)Solat jangan tinggal.

Comments
Post a Comment