Briged Al-Qassam
Briged Al Qassam merupakan Sayap ketenteraan Hamas yang mempunyai seramai 40,000–50,000 ahli. Pertubuhan ini dinamakan bersempena nama Izz ad-Din al-Qassam yang merupakan seorang tokoh Arab yang memimpin penentangan terhadap organisasi Zionis, British dan Perancis di Levant pada 1920-an dan 1930-an.
Dengan usaha yang gigih diiringi impian untuk syahid di jalan Allah, anggota Briged Al-Qassam menunjukkan keberanian dan kepahlawanan yang membuatkan mereka menjadi mimpi buruk buat musuh-musuh islam khususnya Israel. Al-Qassam turut disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, United Kingdom dan Mesir.
Objektif penubuhan Al-Qassam
Objektif utama penubuhan al Qassam adalah untuk membangkitkan semangat jihad di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan bumi Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.
Qassam-33Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya setuju untuk berbuat demikian. Al Qassam mempunyai ahli battalion terlatih seramai kira-kira 25-30,000 orang di kalangan pemuda-pemuda Palestin yang berumur di antara 18-30 tahun.
Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.
Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan pembebasan Palestin.
Syarat yang ditetapkan untuk menyertai Al-Qassam
-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
-Mencintai dan bersedia untuk syahid


Comments
Post a Comment