Orang yang terkaya di dunia

Best ke jadi orang kaya ni? Mestilah best kan.Bayangkan kalau kita ada duit yang banyak,kita boleh bantu mak ayah kita,bantu adik beradik kita,bantu fakir miskin dan yang paling best kita dapat pergi umrah tiap-tiap tahun.Kali ini Danish nak kongsi pasal tiga orang terkaya di dunia.Siapakah mereka?




yang pertama adalah Jeff Bezos,dia adalah orang yang ketiga terkaya di dunia,dan juga adalah pemilik kepada syarikat amazon.com.Amazon.com adalah satu portal niaga yang terkenal di dunia.






Yang kedua terkaya adalah Bill Gates,beliau adalah pemilik Microsoft.Yang dalam kumputer tu dialah yang buat. Majalah Forbes menyenaraikan beliau sebagai orang yang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut.




Dan orang yang pertama kaya di dalam dunia adalah Orang yang solat sunat sebelum subuh.Kenapa? Kerana Nabi Muhammad SAW bersabda "Solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya"


Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki diri, Semoga kita dikalangan orang-orang yang diredai Allah SWT.Amin

Comments

Popular Posts