Kenali diri saya

           Assalamualaikum dan salam sejahtera,Salam pendaulat amanah negara.Alhamdulillah masih dikurniakan nafas dan nikmat dari Allah untuk meneruskan hidup sebagai hamba di muka bumi ini.Sebagai seorang pelajar dan seorang anak saya akan sentiasa berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang saya inginkan selain dari memenuhi tuntutan agama.                                

  Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 


        Hadis diatas menerangkan kepada kita bahawa pentingnya ilmu,sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh untuk kehidupan selepas mati.Oleh itu saya ingin meningatkan kepada diri saya supaya sentiasa patuh kepada ibubapa dan guru-guru agar kelak kita dihormati.


      Nama saya Muhamad Danish Bin Nordin,berumur 19 tahun dan berasal dari Johor Bahru.Saya merupakan anak yang sulung daripada 4 adik beradik.Saya mendapat pendidikan dari sekolah kebangsaan tanjung kupang (sekolah rendah) ,SMA Jawahir Al Ulum,dan maahad johor yang juga dikenali sebagai Arabic High School of Johor,dan sekarang saya menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi.

     Saya berharap supaya dapat membanggakan ibubapa kerana mereka telah berpenat lelah untuk membesarkan dan mendidik saya dari kecik hingga kini.Sekian sahaja dari saya,terima kasih

Comments

Popular Posts