Belajar di UKM

Assalamualaikum, pertama sekali saya mari kita bersyukur kepada allah kerana dipanjangkan umur sampai ke hari ini dan dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu UNIVERSITI.


Nama saya Muhamad Danish Bin Nordin,berasal dari Gelang patah,johor bahru dan merupakan anak sulong dari 4 adik beradik.Alhamdulillah Allah mengurniakan ahli keluarga yang cukup penyayang dan sangat mengambil berat.
Keluarga saya


Sebaik sahaja tiba di UKM, saya disambut oleh pelajar senior yang sangat baik dan peramah dan seterusnya menjalani program orientasi selama beberapa hari .Selepas tamat program tersebut,pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya aidil adha.


Dapat kawan baru



Lain negeri,lain kulit dan lain kepala,kami berkenalan rapat di sini dan menetap di kolej Dato' Onn, "Pertama dalam semua" .





Hari ini adalah kelas pertama saya dalam subjek aplikasi komputer yang diajar oleh Dr. Zaleha Binti Yazid.Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh disamping mempertajamkan kemahiran insaniah dalam diri saya.Semoga Allah permudahkan urusan saya disini.

Comments

Popular Posts